CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

sajak

assalamualaikum semue..
nie ana nk kongsi sedikit sajak...


Wanita hari ini..

wanita yang solehah..
yang mengejar cinta hakiki
dengan hati penuh pasrah
ia tidak mudah dipermainkan
tidak lagi dipergunakan
kerana imannya teguh berdiri
kerana kuat akhlaknya, sang srikandi!

Wanita hari ini..
cekal di sebalik kelemahannya
juga tegas dalam kelembutannya
yang senantiasa berwaspada..
tabah menghadapi badai yang melanda

Walaupun tidak sekuat lelaki
tetapi ia kuat berdikari..
walaupun tidak sehebat lelaki
namun hadirnya amat perlu sekali!

Wanita hari ini..
dengan naluri yg bersihniat ikhlas, suci murni..
ia melangkah dengan berani!
menjejak langkah srikandi Tun Teja
ia bisa juga menggoncang dunia!